Rss Feed

TEKA -TEKUK

Ada satu burung dewata,
kukunya panjang seperti senjata;
wajib ia berkata-kata,
jika duduk di tempat yang rata.

ada satu isteri yang baik,
ia berjalan adik-beradik;
sebab budi bahasa baik,
enam puluh anak dididik.

budak-budak ramai di pekan,
hari raya mambakar kertas;
kalau awk pandai kiasan,
apakah buah gugur ke atas?

jika tuan membeli tikar,
tikar anyaman daripada mengkuang;
jika tuan orang yang pintar,
ular apakah yang membelit pinggang?

hitam legam seperti hantu,
belakang hadapan sama sahaja;
ekor kepala tiada tentu,
dihadapan orang setiap masa.

0 ulasan:

Catat Ulasan