Rss Feed
Teruskan usaha, jangan terpengaruh
dengan cakap-cakap orang. Biarlah orang
mengatakan, "Cara awak ini lambat."
Pedulikan sahaja, kita menjalani hidup kita,
bukan kehidupannya.
Setiap kali mahu melakukan
sesuatu, kembalikan ingatan
kita kepada kejayaan masa lalu.
Walaupun ia kecil tetapi ia
adalah kejayaan.
Tidak ada yang kekal di dunia
ini melainkan Tuhan, amal
kebaikan, amal kejahatan,
syurga, dan neraka.Kedudukan
kita pada satu-satu tahap tidak
terus 'beku' di situ.Sama ada ia
turun ataupun naik.

TEKA -TEKUK

Ada satu burung dewata,
kukunya panjang seperti senjata;
wajib ia berkata-kata,
jika duduk di tempat yang rata.

ada satu isteri yang baik,
ia berjalan adik-beradik;
sebab budi bahasa baik,
enam puluh anak dididik.

budak-budak ramai di pekan,
hari raya mambakar kertas;
kalau awk pandai kiasan,
apakah buah gugur ke atas?

jika tuan membeli tikar,
tikar anyaman daripada mengkuang;
jika tuan orang yang pintar,
ular apakah yang membelit pinggang?

hitam legam seperti hantu,
belakang hadapan sama sahaja;
ekor kepala tiada tentu,
dihadapan orang setiap masa.

"PETUA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN"

#Makan makanan berkhasiat.Amalkan pemakanan seimbang.Minum banyak air masak.
Kurangkan minum air berkabonat dan kafein.

#Pastikan dapat rehat yang secukupnya sebelum hari peperiksaan.Jangan terlebih tidur kerana
badan akan menjadi lesu.

#Pastikan semua kelengkapan untuk peperiksaan disediakan sebaiknya.Elakkan menyediakan
peralatan seperti pensel dan pemadam pada saat-saat akhir.

#Pastikan pakaian sekolah dibasuh,digosok dan digantung terlebih awal.

#Kunci jam dengan betul.

#Sentiasa berfikiran positif untuk menghadapi peperiksaan.

#Mintalah restu ibu bapa sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.

~MY SPECIAL FRIEND~

Friend like you is a special gift
As we do so many things together...
And share a lot of wonderful moments...
You respect me for my strengths
As I admire you for yours...
We tell each other our secrets,dreams,and desire's...
Cheer on each other for sucess and happiness
And wipe each others tears when we are sad and disappointed
You are the bright light in my life
And you have a special place in my heart
And for that...
I wish you all the best,may your dreams come true
And always remember...
I cherish our friendship
May God bless you!
I dedicate this poem to my bestfriend,
AINI,ASMAK,IZAH,SAADAH AND MAJIDAH.

~SELOKA BEBUDAK SEKARANG~

Ni laa...
Bebudak sekarang
Belajar malas main yang dikenang
Cakap mak bapak tak sah kalau tak bangkang
Dengan cikgu pulak disepak terajang
Dia ingat dia akal panjang
Tapi macam siput dalam cengkerang

Ni laa...
Bebudak sekarang kan...
Konon pergi sekolah ada rancangan
Tapi pergi bandar berpasangan
Pegang tangan tak nak dilepaskan
Last-last si dia tinggalkan
Baru nak layan perasaan

Ni laa...
Bebudak sekarang
Ilmu yang diberi dibuang-buang
Ilmu agama langsung tak pandang
Nak kahwin terkial-kial karang
Mertua sinis punya pandang
Mak bapak sendiri ngucap pepanjang
Insaflah korang
Sebelum meraung panjang