Rss Feed
Teruskan usaha, jangan terpengaruh
dengan cakap-cakap orang. Biarlah orang
mengatakan, "Cara awak ini lambat."
Pedulikan sahaja, kita menjalani hidup kita,
bukan kehidupannya.
Setiap kali mahu melakukan
sesuatu, kembalikan ingatan
kita kepada kejayaan masa lalu.
Walaupun ia kecil tetapi ia
adalah kejayaan.
Tidak ada yang kekal di dunia
ini melainkan Tuhan, amal
kebaikan, amal kejahatan,
syurga, dan neraka.Kedudukan
kita pada satu-satu tahap tidak
terus 'beku' di situ.Sama ada ia
turun ataupun naik.